Bengkel Usahawan Wanita kini sedang berlangsung di MEREKA, sebuah ruang kreatif yang terletak di Publika Kuala Lumpur. Bengkel ini dihadiri oleh seramai 30 peserta, yang terdiri daripada usahawan-usahawan wanita berbakat, termasuk 10 usahawanita terbaik yang telah dipilih dengan teliti. Program ini dianjurkan secara bersama oleh The Asia Foundation dan MEREKA, dengan sokongan daripada rakan-rakan pelaksana seperti Wanita Berdaya Selangor, Future Lab, dan Kiddocare. Kerjasama ini bertujuan untuk memperkasa usahawan wanita dalam mengembangkan potensi perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi. #wanitaberdayaselangor