Program Pusat Wanita Berdaya Peringkat Komuniti DUN
- Program Pusat Wanita Berdaya (PWB) dilaksanakan di 56 DUN di Selangor dengan seorang Penyelia di setiap DUN.
- Penyelia menyelaras program pemberdayaan wanita sesuai dengan keperluan komuniti setempat.
- Berperanan sebagai penghubung antara Kerajaan Negeri dan masyarakat untuk pelaksanaan program yang berkesan.
- Program ini menawarkan 10 modul Pembangunan Kapasiti dan 10 modul Kemahiran untuk meningkatkan kualiti hidup wanita.
Sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat Negeri Selangor
- Sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat Negeri Selangor adalah acara tahunan yang menghargai sumbangan dan pencapaian wanita.
- Acara ini juga memperkasakan wanita dengan pengetahuan dan peluang yang lebih luas.
- Tema berbeza setiap tahun dengan aktiviti seperti forum, bengkel, pameran, dan anugerah khas.
- Sambutan ini selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri untuk memperkasa wanita melalui program dan dasar inklusif.
Program Pembangunan Kendiri Wanita Madani
- Program Pembangunan Kendiri Wanita Madani di Selangor menekankan aspek kerohanian untuk memperkasakan wanita.
- Fokus utama adalah pembangunan diri dari sudut rohani, termasuk peningkatan keimanan dan kefahaman agama.
- Mengutamakan penghayatan nilai moral dan etika untuk keseimbangan dalam kehidupan seharian.
Kempen Melawan Keganasan Berasaskan Gender
- Kempen “16 Hari Aktivisme Menentang Keganasan Berasaskan Gender” di Selangor meningkatkan kesedaran tentang keganasan berasaskan gender dan hak asasi manusia.
- Bermula 25 November hingga 10 Disember, melibatkan pelbagai organisasi seperti agensi kerajaan, korporat, dan NGO.
- Melalui ceramah, forum, dan bengkel, ia memerangi keganasan terhadap wanita sambil mempromosikan kesaksamaan gender.
Bengkel Komuniti Selamat Bersepadu
- Inisiatif untuk menggalakkan kerjasama pelbagai pihak dalam membina komuniti selamat bebas keganasan berasaskan gender.
- Pendekatan holistik melibatkan pelbagai sektor dalam pencegahan keganasan berasaskan gender.
- Model ini membantu komuniti memahami, mengenal pasti, dan menangani keganasan rumahtangga dengan lebih bertanggungjawab.