Simposium Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor
- Simposium ini bertujuan untuk mendapatkan input-input daripada pihak berkepentingan berkaitan isu-isu sekitar ekonomi penjagaan serta maklum balas tentang cadangan dan usaha yang harus dilakukan oleh Kerajaan Negeri pada masa akan datang bagi memartabatkan ekonomi penjagaan di negeri Selangor untuk memacu pembangunan negeri yang lestari dan mesra rakyat.
- Sebagai ruang perbincangan dan percambahan idea dalam kalangan pemegang taruh dan pihak berkepentingan tentang hal ehwal ekonomi penjagaan.
- Mendapatkan input dan cadangan bagi menggiatkan usaha untuk memartabatkan ekonomi penjagaan di negeri Selangor.
- Seramai 100 orang peserta menyertai yang terdiri daripada Agensi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, Anak Syarikat Kerajaan Negeri, Ahli Akademik, Badan Pemikir, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Wakil Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Badan Bukan Kerajaan (NGO) & Masyarakat Sivil, pemain-pemain industri