Static Banner (1024 x 512 px) (800 x 290 px)
Static Banner (1024 x 512 px) (800 x 290 px)
previous arrow
next arrow

Wanita Berdaya Selangor

Wanita Berdaya Selangor (WBS) adalah syarikat milik Menteri Besar Selangor yang ditubuhkan pada 6 Januari 2021. Bertujuan memperkasa wanita di Selangor melalui pelaksanaan Dasar Wanita Selangor yang menyeluruh, WBS memfokuskan kepada tiga teras utama: Badan Pemikir, Pembinaan Kapasiti, dan Program Pemberdayaan Wanita.

WBS terlibat dalam penerbitan bahan ilmiah, mencipta platform pemasaran produk wanita, dan membangunkan modul pendidikan serta kepimpinan untuk meningkatkan kedudukan wanita Selangor. Syarikat ini juga berkomitmen terhadap kesaksamaan gender dan matlamat pembangunan lestari di Selangor.

Aktiviti Akan Datang

  • Jelajah Wanita Berdaya Tahan merupakan platform strategik Kerajaan Negeri Selangor bagi memperkukuh agenda pemberdayaan wanita secara holistik dan inklusif selaras dengan Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Selangor 2024–2026 serta Dasar Ekonomi Penjagaan 2024–2030. Melalui kerjasama bersama agensi kerajaan, PBT dan PDT, jelajah ini menjadi medium untuk memperluas akses wanita kepada bantuan, peluang dan pelbagai inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri.

Arkib Aktiviti