MBSA Convention Centre, 11 Oktober 2026 – ๐๐š๐ ๐š๐ข๐ฆ๐š๐ง๐š ๐ฐ๐š๐ง๐ข๐ญ๐š ๐›๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐ค๐ž๐ค๐š๐ฅ ๐ซ๐ž๐ฅ๐ž๐ฏ๐š๐ง ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐๐ฎ๐ง๐ข๐š ๐ฉ๐ž๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฌ๐ž๐ฆ๐š๐ค๐ข๐ง ๐๐ข๐ฉ๐š๐œ๐ฎ ๐ญ๐ž๐ค๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข, ๐๐ข๐ ๐ข๐ญ๐š๐ฅ๐ข๐ฌ๐š๐ฌ๐ข ๐๐š๐ง ๐ค๐ž๐œ๐ž๐ซ๐๐š๐ฌ๐š๐ง ๐›๐ฎ๐š๐ญ๐š๐ง (๐€๐ˆ)?

Persoalan ini menjadi antara fokus perbincangan dalam forum Wanita, Digital & Kerjaya: Bersedia untuk Dunia Kerja Masa Depan yang berlangsung pada 11 Oktober 2026 di MBSA Convention Centre, Shah Alam, bersempena Karnival Kerjaya JobCare Selangor 2026 Istimewa.

Forum ini dikendalikan oleh Puan Rusni binti Tajari, Ketua Divisyen Strategi dan Impak, Wanita Berdaya Selangor (WBS) selaku moderator, dengan menampilkan Puan Siti Faridah binti Abdul Samad, Ketua Pegawai Eksekutif WBS; Puan Nooreliza Che Elies, Ketua Strategi Korporat, SMARTSEL Sdn. Bhd.; serta Puan Angel Low, Pengurus Besar, Advanced Semiconductor Academy of Malaysia (ASEM) sebagai panelis.

Perbincangan ini menghimpunkan perspektif daripada bidang pemberdayaan wanita, industri digital dan pembangunan bakat dalam sektor teknologi dan semikonduktor bagi meneroka bagaimana perubahan landskap pekerjaan dapat membuka lebih banyak peluang kepada wanita.

Melalui forum ini, WBS terus komited dalam memperkasa wanita melalui pembangunan kapasiti dan peningkatan kebolehpasaran agar mereka lebih bersedia menghadapi cabaran serta merebut peluang dalam dunia pekerjaan yang sentiasa berkembang.

Kerana masa depan pekerjaan bukan sekadar tentang menyesuaikan diri dengan perubahan, tetapi juga memastikan wanita mempunyai kemahiran, keyakinan dan peluang untuk terus maju.

#WanitaBerdayaSelangor #KarnivalKerjayaJobCareSelangorIstimewa2026 #WanitaDigitalDanKerjaya #PemberdayaanWanita #SelangorNextLevel