BIASISWA Wanita Berdaya Selangor
Biasiswa Wanita Berdaya Selangor (WBS) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha melaksanakan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PPSH). PPSH telah dilancarkan pada tahun 2021 oleh Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita & Keluarga Negeri Selangor melalui WBS sebagai agensi pelaksana. PPSH bermatlamat untuk menyediakan wanita yang berilmu pengetahuan dan berkompetensi tinggi menerusi pendidikan yang berterusan.
🎯 Matlamat Biasiswa WBS:
Menyediakan wanita yang berilmu pengetahuan, berkemahiran tinggi dan berdaya saing melalui Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PPSH), seiring dengan aspirasi Dasar Wanita Selangor – Titik Tumpuan 3: Kepimpinan & Perwakilan.





