Dasar & Pelan Tindakan Wanita Selangor 2024-2026
VISI
Meningkatkan keupayaan dan sumbangan wanita untuk merealisasikan Selangor negeri Pintar, Berdaya Huni dan Makmur.
MISI
- Memaksimumkan potensi dan mempelbagaikan kapasiti wanita bagi pemberdayaan diri dan kolektif ke arah kemajuan sosial dan ekonomi.
- Meningkatkan kehidupan sosio-ekonomi, kesihatan dan keselamatan wanita.
- Menaik taraf dan mempercepatkan keupayaan kepimpinan dan pembuatan keputusan wanita
PRINSIP
Keadilan gender menjadi tema keseluruhan dasar yang menjunjung prinsip hak asasi sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Dasar ini menegaskan kerangka hak-hak wanita dan kesaksamaan gender seperti yang terkandung dalam Konvensyen Penghapusan Segala.
Bentuk Diskriminasi Terhadap wanita (Convention on the Elimination of All Forms Discrimination Against Women – CEDAW), Deklarasi dan Pelan Tindakan Beijing 1995 (Beijing Declaration and Platform of Action) dan Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals – SDG) 2015-2030. Dasar ini juga memanfaatkan Rancangan Malaysia Ke-12, Dasar Wanita Negara 2021-2025 dan Rancangan Selangor Pertama (RS-1).