Akademi Kepimpinan
Wanita (AKW)

Akademi Kepimpinan Wanita (AKW)

Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) Selangor merupakan sebuah program intensif untuk memantapkan kemahiran dan bertindak sebagai ‘paip bakat’ (talent pipeline) untuk melahirkan lebih ramai pemimpin wanita dalam lapangan politik dan kerja sosial. Hal ini kerana keadaan golongan wanita memerlukan ‘mentoring’ yang lebih tersusun dan datang daripada golongan wanita sendiri yang lebih memahami realiti dan cabaran golongan wanita yang berbeza dengan golongan lelaki dalam usaha menjadi pemimpin.

Malahan, golongan wanita juga perlu membina rangkaian sendiri bagi memecahkan hegemoni ‘all boys club’ atau rangkaian eksklusif pemimpin lelaki yang tidak memberi ruang kepada golongan wanita yang berbakat berkembang lebih tinggi. Hal ini bakal membantu perjalanan karier politik golongan wanita agar golongan wanita mampu memegang kepimpinan terutamanya di Negeri Selangor. Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) Selangor juga diadakan bagi mencapai matlamat ke-4, Dasar Wanita Selangor iaitu mempercepatkan penyertaan, perwakilan dan pembuatan keputusan dalam kehidupan awam dan politik dalam kalangan wanita.

Tiga Komponen Utama

  • 1
    Kuliah fizikal / hybrid
  • 2
    Mentoring
  • 3
    Kerja Lapangan

Kategori Modul

Modul Kemahiran
Insaniah & Organisasi

Modul
Kefahaman Gender

Modul Kepimpinan
Politik & Ekonomi

Modul
Kemahiran Komunikasi

Galeri AKW