Wanita Berdaya Selangor (WBS)

Wanita Berdaya Selangor (WBS), telah ditubuhkan pada tahun 2021 bagi merealisasikan Dasar Wanita Selangor menerusi tiga (3) teras utama iaitu Pembangunan Dasar dan Polisi, Pemberdayaan Wanita dan Pembinaan Kepimpinan. WBS juga merupakan anak syarikat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) dan bertindak sebagai badan pelaksana inisiatif dan program pemberdayaan wanita di bawah Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Ekonomi Penjagaan (Care Economy) Negeri Selangor.

Melalui tiga teras utama — Badan Pemikir, Pembinaan Kapasiti, dan Program Pemberdayaan Wanita — WBS komited untuk melaksanakan dasar kepimpinan, ekonomi, pendidikan, kesihatan, dan sosial yang mesra wanita. Syarikat ini juga terlibat dalam penerbitan bahan-bahan ilmiah yang memperkaya sumber rujukan pemberdayaan dan pembuatan dasar yang holistik.

WBS telah memainkan peranan penting dalam menggerakkan pelbagai inisiatif yang mencipta platform pemasaran hasil produk wanita secara kreatif dan inovatif, serta membangunkan modul pendidikan dan platform kepimpinan bagi memperkukuh kedudukan wanita di peringkat akar umbi dan dalam pelbagai bidang.

Dengan komitmen yang berterusan, WBS terus menjadi peneraju dalam usaha memastikan kesaksamaan gender dan memperkasa wanita di Negeri Selangor, selaras dengan matlamat pembangunan lestari.

Visi

Peneraju Pemberdayaan Wanita Terkemuka Asia.

Misi

Mengungguli Usaha Pemberdayaan Wanita Dalam Sektor Kepimpinan, Ekonomi dan Sosial.

Nilai

BRAVE
Berani
Memimpin

EMPATHY
Prihatin &
Rasional

RESPECT
Hormat-
menghormati

DIVERSITY
Meraikan
Kepelbagaian

ACTIVE
Proaktif &
Progresif

YOUTHFULNESS
Kreatif &
Inovasi

ACCOUNTABILITY
Integriti &
Profesional

Teras Strategik

Inisiatif Utama

  • 1

    Membangunkan​ penyelidikan & dasar berkaitan wanita serta​ keluarga di negeri Selangor.

  • 2

    Memperkasa Pusat Wanita Berdaya​ (PWB).

  • 3

    Memprioritikan​ program​ mengikut​ sasaran dan​ keperluan.

  • 4

    Membina ​kepimpinan wanita & pembinaan kapasiti.

  • 5

    Memprioritikan​ program​ mengikut​ sasaran dan​ keperluan.

  • 6

    Memprioritikan​ program​ mengikut​ sasaran dan​ keperluan.

Galeri WBS