Pengarusperdanaan Gender

Apa itu Pengarusperdanaan Gender?

Pengarusperdanaan gender ialah satu proses pembangunan yang inklusif dengan mengintegrasikan perspektif gender ke dalam perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian semua pelan dasar, bajet, inisiatif dan program pentadbiran kerajaan.

Perspektif gender penting kerana terdapat perbezaan keperluan antara lelaki dan wanita dan golongan lain, yang menyebabkan berlakunya ketidaksaksamaan akses dan peluang yang dihadapi oleh mereka.

Maka pengarusperdanaan gender menekankan agar setiap dasar dan tindakan Kerajaan perlulah mengambil kira keperluan keduanya ke arah mencapai matlamat kesaksamaan gender.

Siapa yang terlibat?

Agenda kesaksamaan gender dan menghapuskan diskriminasi ialah agenda rentas organisasi, memerlukan penglibatan dan sokongan semua pihak terutamanya pihak pentadbiran Kerajaan. Hal ini bagi memastikan kesinambungan dan keberkesanan pelaksanaan pelbagai aktiviti dan intervensi pengarusperdanaan gender yang akan dilakukan.

Oleh itu, Projek Rintis Pengarusperdanaan Gender di Negeri Selangor bermula dengan pemilihan EXCO dan jabatan/agensi perintis. Kerajaan Negeri kemudiannya melantik Pegawai dan Kumpulan Titik Tumpuan Gender (Gender Focal Point & Gender Focal Team) yang bertanggungjawab menjayakan dan menyelaras projek ini di jabatan/agensi perintis.

Bagaimanakah Proses Pengarusperdanaan Gender?

Proses Pengarusperdanaan Gender

Portfolio YB EXCO Perintis dan Jabatan/
Agensi yang terlibat

Portfolio YB EXCO Perintis dan Jabatan/ Agensi yang terlibat

Bagaimanakah Proses Pengarusperdanaan Gender?

Proses Pengarusperdanaan Gender
Portfolio YB EXCO Perintis dan Jabatan/ Agensi yang terlibat

Galeri Aktiviti