Akademi Kepimpinan
Wanita (AKW)
Akademi Kepimpinan Wanita (AKW)
Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) Selangor adalah sebuah program anjuran Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Wanita & Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Ekonomi Penjagaan (Care Economy) yang dilaksanakan melalui agensi Wanita Berdaya Selangor (WBS) untuk melatih kemahiran kepimpinan bagi melahirkan pemimpin wanita yang berkompetensi tinggi untuk mengisi jawatan dalam organisasi penting di Selangor dalam tempoh lima hingga 10 tahun selepas penubuhannya.
Program ini bertujuan untuk memantapkan kemahiran dan bertindak sebagai ‘paip bakat’ (talent pipeline) dalam usaha melahirkan lebih ramai pemimpin wanita dalam pentadbiran awam. Di samping itu, program ini juga berperanan mencipta dan memelihara jaringan sokongan bagi wanita melalui inisiatif seperti hubungan mentor-mentee, sesi jaringan (networking) serta kolaborasi dengan pemimpin industri wanita yang telah berjaya.
Selain itu, ia turut mempromosikan pemahaman yang lebih mendalam tentang kesaksamaan gender dalam konteks kepemimpinan, termasuk usaha menangani halangan serta bias gender yang wujud dalam organisasi. Akhir sekali, program ini mendorong pencapaian sasaran sekurang-kurangnya 30% penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan dalam organisasi, komuniti dan masyarakat.
Tiga Komponen Utama
- 1Kuliah fizikal / hybrid
- 2Mentoring
- 3Kerja Lapangan