Diskriminasi gender dalam Amalan Pekerjaan di kalangan Golongan Profesional di negeri Selangor
Malaysia menduduki tempat ke-101 daripada 144 negara dalam Indeks Jurang Global Gender 2018, dengan peningkatan kecil dari tahun lalu. Walaupun wanita menunjukkan pencapaian pendidikan yang baik, mereka masih kurang terwakili dalam jawatan tinggi. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti diskriminasi gender dalam pengambilan pekerja, kenaikan pangkat, pembangunan kendiri, dan gangguan seksual di Selangor.




