Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Wanita Berdaya Selangor (WBS) bagi menyatakan hasrat untuk berkolaborasi dalam Program Glow and Flow. Program ini bertujuan untuk memupuk keyakinan diri dan pembangunan potensi dalam kalangan wanita muda melalui pelbagai aktiviti dan bengkel yang berfokus kepada kesejahteraan, kepimpinan, dan pembangunan diri.

Pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada kerjasama antara WBS dan MPP UiTM Shah Alam untuk bersama-sama memperkasakan wanita, terutamanya pelajar wanita di universiti, melalui program-program yang bermanfaat. Kerjasama ini juga selaras dengan usaha WBS dalam memperkasa wanita muda di Negeri Selangor.