Subang Jaya, 25 Februari 2023: Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor, dengan Wanita Berdaya Selangor (WBS) dan Institute for Research and Development of Policy (IRDP), melancarkan program Sidang Wanita Selangor 2023 (SIWANIS). Program ini merupakan simulasi Sidang Dewan Negeri Selangor, bertujuan mengasah bakat kepimpinan wanita.

Sebanyak 56 perwakilan dari pelbagai latar belakang akan melalui sesi bengkel persediaan dan berbahas mengenai isu wanita, keluarga, dan masyarakat. YB Dr. Siti Mariah Mahmud menyatakan SIWANIS bertujuan untuk meningkatkan perwakilan wanita dalam pembuatan keputusan dan mempersiapkan mereka untuk peranan politik strategik.