Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya, 6 April 2026 – Wanita Berdaya Selangor (WBS) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) telah melaksanakan Bengkel Latihan Kefahaman dan Asas Belanjawan Responsif Gender (BRG) bersama pegawai serta Ahli Majlis MPSp. Bengkel ini turut dirasmikan oleh Yang Dipertua MPSp, YBrs. Dr. Ani binti Ahmad.

Bengkel BRG merupakan kesinambungan daripada latihan bersama 6 PBT pada tahun lalu, sebagai usaha berterusan memperkukuh tadbir urus Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang lebih inklusif dan memastikan seluruh PBT di Selangor diperkasa melalui amalan belanjawan yang responsif gender, adil, berkesan dan berorientasikan kesejahteraan masyarakat.

#WanitaBerdayaSelangor #BelanjawanResponsifGender #KitaSelangor #IniSelangor #Bengkel