Projek Rintis Pengarusperdanaan Gender (Gender Mainstreaming – GM) buat pertama kalinya dilaksanakan di Negeri Selangor pada tahun 2020, melibatkan enam (6) YB Exco Perintis dan tujuh (7) jabatan/agensi perintis. Pelaksanaan ini telah melalui dua fasa, iaitu Fasa Pertama 2020/2021 dan Fasa Kedua 2022/2023.
Kerajaan negeri kini komited meneruskan GM dengan melaksanakan Fasa Ketiga bagi tahun 2024/2025. Melalui Wanita Berdaya Selangor (WBS), Sesi Taklimat GM telah selesai diadakan bersama empat (4) Exco Perintis, iaitu YAB Dato’ Seri Hj. Amirudin Shari, YB Ng Sze Han, YB Mohd Najwan Halimi, dan YB Jamaliah Jamaluddin.
Tujuan utama GM di Negeri Selangor adalah untuk memastikan pembangunan yang inklusif dengan mengintegrasikan perspektif gender dalam perancangan, pelaksanaan, pemantauan, penilaian, dan belanjawan di peringkat pentadbiran negeri. Ini selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari 5 (SDG5), Rancangan Selangor Pertama (RS-1), serta Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Selangor 2024-2026.