Taman Medan, 25 Oktober 2026 – Wanita Berdaya Selangor (WBS) bersama komuniti Taman Medan Cahaya, dengan kerjasama PKM DUN Taman Medan dan United Nations Development Programme (UNDP), telah menganjurkan Hari Blok Penjagaan yang dirasmikan oleh YBrs. Tuan Halimey, Penyelaras DUN Taman Medan bagi mengenal pasti keperluan penjagaan komuniti serta memperkukuh ekosistem ekonomi penjagaan di Selangor.

Program ini menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat, termasuk kanak-kanak, warga emas dan penjaga melalui pelbagai aktiviti seperti saringan kesihatan, tinjauan keperluan penjagaan serta aktiviti bersama komuniti.

Inisiatif ini merupakan langkah awal ke arah perancangan menjalankan Projek Rintis Care Block kerjasama di antara WBS dan UNDP iaitu ruang penjagaan berasaskan komuniti yang menghimpunkan pelbagai kumpulan masyarakat, termasuk kanak-kanak, wanita, warga emas, OKU dan penjaga.

Usaha ini juga merupakan sebahagian daripada persediaan menghadapi Selangor khasnya dan Malaysia amnya sebagai negara menua, dengan memastikan keperluan penjagaan diberi perhatian dalam perancangan pembangunan sosial dan ekonomi negara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PKM DUN Taman Medan, UNDP, komuniti Taman Medan Cahaya serta semua pihak, petugas dan sukarelawan yang telah menjayakan program ini.

Terima kasih juga kepada seluruh penduduk yang memberikan kerjasama dan menyertai aktiviti yang dianjurkan.

Semoga program ini memberikan manfaat kepada komuniti dan menjadi asas kepada perancangan inisiatif penjagaan yang lebih mampan, inklusif dan berkesan pada masa hadapan. Bersama-sama, kita membina komuniti yang saling menjaga, menyokong, dan memperkasa setiap generasi.

#WanitaBerdayaSelangor #EkonomiPenjagaan #SelangorNextLevel #KitaSelangor #IniSelangor