Hotel Mardhiyyah, 5 Oktober 2026 – Wanita Berdaya Selangor (WBS) telah menganjurkan CEO Roundtable: Shaping Family-Friendly Workplaces in Selangor bersama anak-anak syarikat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) [MBI] pada 5 Oktober 2026 di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam.

Sesi yang turut dihadiri oleh YB Puan Anfaal Saari, EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat serta YBhg. Mej (K) Dato’ Ts. Saipolyazan M. Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI ini menjadi platform strategik untuk membincangkan pendekatan tempat kerja yang lebih fleksibel, inklusif dan responsif terhadap keperluan pekerja serta keluarga.

Inisiatif ini berasaskan Kajian Amalan Pekerjaan Mesra Keluarga di Selangor yang dilaksanakan oleh WBS bersama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 2025, yang meneliti pelaksanaan Aturan Kerja Fleksibel (FWA), kesannya terhadap tenaga kerja wanita, kesediaan terhadap Cuti Ibu Bapa Berkongsi serta cadangan dasar bagi memperkukuh ekosistem penjagaan di Selangor.

Perbincangan turut melibatkan perkongsian daripada UNICEF Malaysia mengenai hubungan polisi mesra keluarga dengan kesejahteraan pekerja dan daya saing organisasi, serta pembentangan oleh LPPKN mengenai Malaysia Family Friendly Workplace Index (MyFFWI).

Agenda ini selari dengan aspirasi Rancangan Selangor Kedua (RS-2) dan prinsip ESG, khususnya dalam memperkukuh kesejahteraan pekerja, kesaksamaan gender, tanggungjawab sosial dan kemampanan organisasi.

Melangkah ke hadapan, WBS akan terus meneroka pendekatan yang lebih sistematik melalui pembinaan kapasiti, pengukuhan polisi, projek rintis dan pengiktirafan Family-Friendly Workplace Champion.

Bersama-sama kita membina tempat kerja yang lebih mesra keluarga, tenaga kerja yang lebih sejahtera dan Selangor yang lebih mampan serta berdaya saing.

#WanitaBerdayaSelangor #FamilyFriendlyWorkplaces #MBISelangor #RS2Selangor #SelangorNextLevel