Pusat Konvensyen MPAJ, 27 September 2026 – Jelajah Wanita Berdaya Tahan Negeri Selangor 2026 Zon Gombak telah berlangsung pada 27 September 2026 bertempat di Pusat Konvensyen MPAJ, Taman Melawati.
Istimewanya, jelajah pada kali ini adalah keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor sebagai Tetamu Kehormat. Baginda turut berkenan melafazkan perasmian Jelajah Wanita Berdaya Tahan Negeri Selangor di Zon Gombak.
Penganjuran jelajah siri ke-4 ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Selangor untuk terus memperkukuhkan agenda pemberdayaan wanita melalui pelbagai inisiatif yang merangkumi aspek keusahawanan, pembangunan kerjaya, kesejahteraan serta saringan kesihatan.
Jelajah ini bukan sahaja menjadi platform untuk mencari pelbagai peluang, perkhidmatan dan inisiatif pemberdayaan wanita malah turut menjadi ruang untuk mengeratkan jaringan kerjasama antara agensi, rakan strategik dan masyarakat.
Bersama memperkasakan wanita Selangor agar dapat menjadi wanita yang mampu bersaing dan berdaya tahan.
#JelajahWanitaBerdayaTahan #IniSelangor #KitaSelangor #Gombak #Komuniti










































