Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 22 Ogos 2026 – Majlis 10,000 Wanita Selangor Berselawat – “Bersama Menghayati Kecintaan Kepada Rasulullah SAW” telah berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, bersempena sambutan Maulidur Rasul 1448H.
Menghimpunkan 10,000 wanita dari seluruh Negeri Selangor, majlis ini menjadi wadah untuk bersama-sama menghayati kecintaan kepada Rasulullah SAW, menyemarakkan amalan berselawat serta memperkukuh ukhuwah dalam kalangan wanita.
Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor sebagai Tetamu Kehormat turut menyerikan majlis yang penuh bermakna ini.
Penganjuran ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Selangor menerusi Wanita Berdaya Selangor dalam memperkukuh pembangunan wanita secara holistik, dengan memberi perhatian bukan sahaja kepada aspek sosial dan kesejahteraan, tetapi turut kepada pengukuhan nilai kerohanian.
#WanitaBerdayaSelangor #KitaSelangor #IniSelangor #Selawat #MaulidurRasul1448H




















