Semenyih Eco Venture Resort, 9–11 Februari 2026 – Para Penyelia PWB DUN lantikan 2026/2027 telah berkampung di Semenyih Eco Venture Resort dalam usaha memperkukuh semangat berpasukan, menyelaras sasaran kerja tahunan serta memperteguh amanah dalam memperkasa wanita Selangor.
Hari pertama di isi dengan Majlis Penyerahan Watikah yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Puan Anfaal binti Saari sebagai simbol kepercayaan dan tanggungjawab yang digalas. Manakala, pada sebelah petang, para penyelia menjalani Kursus Pembinaan Kumpulan bagi memastikan gerak kerja bagi penggal ini dapat disempurnakan dengan baik sesama Penyelia PWB.
Pada hari kedua pula, jadual dipadatkan dengan sesi induksi dan perbincangan perancangan program tahunan PWB. Pelbagai program dirancang oleh penyelia PWB berpandukan modul yang telah digariskan dan berobjektifkan pemberdayaan wanita secara khususnya. Program dirancang bagi memastikan setiap wanita tidak ketinggalan dalam usaha pemberdayaan ini.
Semoga setiap perancangan yang dirangka menjadi panduan gerak kerja yang lebih strategik, berintegriti dan berimpak tinggi demi wanita yang lebih berdaya.
#WanitaBerdayaSelangor #KitaSelangor #IniSelangor #PusatWanitaBerdaya #Teambuilding






