Semarak Hall @ Cyberjaya, 12 Februari 2026 – Majlis Penutup Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) Ahli Majlis Selangor telah berjaya menghimpunkan 50 orang peserta dari kalangan Ahli Majlis & Pimpinan Wanita Negeri Selangor di Semarak Hall @ Cyberjaya, Majlis Perbandaran Sepang.
Sepanjang tiga siri pelaksanaan program, para peserta telah mengikuti modul yang merangkumi kepimpinan strategik, kefahaman gender termasuk Pengarusperdanaan Gender dan Penganggaran Responsif Gender, pengukuhan kompetensi serta pemahaman terhadap struktur pentadbiran Negeri Selangor. Pendedahan ini menjadi persediaan penting dalam memperkukuh peranan Ahli Majlis sebagai pembuat dasar dan pemimpin komuniti yang lebih berkesan, inklusif dan berintegriti.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, bersama Puan Siti Faridah Abdul Samad, Ketua Pegawai Eksekutif Wanita Berdaya Selangor. Turut hadir Datin Paduka TPr. Noraini, mantan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang serta tetamu jemputan sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan kepimpinan wanita di peringkat kerajaan tempatan. Sesi ini turut membuka ruang jaringan strategik dan perkongsian pengalaman dalam kalangan Ahli Majlis.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Sepang sebagai rakan kerjasama bagi Siri 3 dan majlis penutup program. Penghargaan turut dirakamkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) atas sokongan dana melalui geran PERANTIS dalam menjayakan pelaksanaan program ini.
Semoga komitmen dan iltizam yang ditunjukkan oleh barisan kepimpinan wanita ini terus diperkukuh dalam mendukung agenda pemberdayaan wanita serta memperkasakan tadbir urus di peringkat daerah dan komuniti.
#WanitaBerdayaSelangor #KitaSelangor #IniSelangor #AkademiKepimpinanWanita #AhliMajlis



