Pada 22 Ogos 2024 (Khamis), Program Kesedaran Undang-Undang Pemilikan Harta/Rumah Siri 2/2024 telah berlangsung dengan jayanya di Shah Alam. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang undang-undang pemilikan harta dan rumah dalam kalangan wanita, sebagai sebahagian daripada kajian Pemberdayaan Wanita ke Arah Matlamat Pembangunan Mampan Melalui Pemilikan Rumah. Seramai 100 responden telah hadir dan mengambil bahagian dalam program ini. Kajian ini dijalankan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan Wanita Berdaya Selangor, dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui UUM Leads Sdn. Bhd.