Dewan Jubli Perak, Shah Alam, 31 Mac 2026 – Program ini bertujuan merapatkan hubungan serta memperkasakan pimpinan kerajaan negeri bersama penggerak wanita di akar umbi, selaras dengan komitmen memperkukuh agenda pemerkasaan wanita, kepimpinan komuniti dan pembangunan sosial yang inklusif.
Majlis ini akan turut diserikan dengan kehadiran Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor. Turut hadir ialah Yang Amat Berbahagia Datin Seri Masdiana Muhamad, Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), Yang Berhormat Puan Anfaal Saari, EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, serta Yang Berusaha Puan Siti Faridah Abdul Samad, Ketua Pegawai Eksekutif Wanita Berdaya Selangor (WBS) dan tetamu kehormat yang lain.
Program ini menghimpunkan 500 peserta terdiri daripada alumni program pemerkasaan wanita, pemimpin komuniti, pembuat dasar dan rakan strategik sebagai platform dialog dan pengukuhan jaringan kepimpinan wanita.
Turut berlangsung Sesi Pemeteraian MoU antara Wanita Berdaya Selangor (WBS) dan Taylor’s University bagi Program IbuNiaga, serta antara WBS dan The Asia Foundation bagi Program Latihan Penjagaan yang memfokuskan kepada peningkatan kemahiran dan peluang ekonomi wanita.
Selangor kekal komited memastikan lebih ramai wanita berada dalam ruang kepimpinan, ekonomi dan pembuatan keputusan selaras dengan aspirasi negeri sebagai negeri Pintar, Berdaya Huni dan Makmur.
#WanitaBerdayaSelangor #KitaSelangor #IniSelangor #TownhallRaya #Aidilfitri












